Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.
Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.
"SPRM juga telah menerima maklumat berhubung beberapa akaun bank milik kedua-dua suspek (pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan itu) di tiga buah negara yang mana siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.
"Maklumat awal mendapati, pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke akaunnya di luar negara manakala bakinya ialah milik timbalan pengarah tersebut," menurut sumber berkenaan, di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut sumber berkenaan, setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan 'ops water'.
Menurutnya mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan anggota keluarga timbalan pengarah itu, pekerja beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion.
Sumber berkenaan juga menyebut bahawa SPRM dijangka memohon untuk menyambung reman kesemua suspek yang tempoh reman mereka tamat esok.
Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Pada 4 Okt lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini serta merampas RM114.5 juta daripada mereka, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.
Ia juga adalah kes terbesar dalam sejarah SPRM.
Bernama
Mon Oct 10 2016
Nilai 127 geran tanah yang dirampas SPRM daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta. -Gambar fail
Mat Yo doa kesembuhan faisal halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
Mariyam Shabeena duta baharu Maldives ke Malaysia
Maldives telah melantik Dr Mariyam Shabeena Ahmed sebagai Pesuruhjaya Tinggi baharunya ke Malaysia.
[INFOGRAFIK] Kos Sara Hidup, Isu Rumah Berpendapatan Rendah Di KL
Berikut adalah info berkenaan dengan kos sara hidup, isu rumah berpendapatan rendah di KL.
DSA: Dron 'kamikaze' buatan Malaysia bakal dikomersialkan
Dron inovatif itu mengambil masa setahun untuk dibangunkan dan kini masih dalam proses kajian dan pembangunan lebih lanjut yang dijangka selesai enam bulan lagi.
127 geran tanah dirampas dianggar bernilai RM30 juta - SPRM
Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.